Multaqa Perdana Guru Pendidikan Islam 2015 akan diadakan pada 28 Feb 2015 bertempat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bermula jam 8 pagi hingga 4 petang.

Kepada yang dijemput pergi, semoga mendapat input yang berguna untuk dikongsi nanti.

Bilik JQAF bakal berubah wajah pada tahun ini. Cadangan untuk memasang wallpaper pada dinding bagi menceriakan lagi suasana pembelajaran.

Tenaga pengajar kita Al-fadhil al-Ustaz Abd Jalil sedang mengajar cara-cara taranum yang betul kepada peserta tilawah sekolah.
Semoga menghasilkan natijah yang cemerlang. InsyaAllah.

 

MASJID adalah salah satu daripada tanda wujudnya umat Islam di suatu tempat di muka bumi ini, kerana masjid adalah tempat pertemuan dan merupakan salah satu tanda perpaduan umat Islam dan tempat mereka mengabadikan diri kepada Allah s.w.t. Dan disitulah juga wujudnya orang-orang yang bertaqwa dan bersaudara.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. di dalam Surah At-Taubah ayat 18 yang mafhumnya:

"Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dan hari melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan orang-orang yang mendapat petunjuk."

Masjid tidaklah dapat disamakan dengan tempat-tempat lain seperti rumah-rumah persendirian, gedung-gedung perniagaan atau pasar, kerana masjid adalah rumah Allah s.w.t. dan menjadi tempat orang Islam melakukan ibadah kepada Allah s.w.t. Di samping itu ia juga menjadi lambang kekuatan agama Islam dan kekukuhan umatnya. Masjid juga adalah tempat kebajikan yang penuh dengan rahmat dan berkat. Memandangkan masjid itu tempat mulia, maka sewajarnya kita memelihara kemuliaannya dengan sebaik-baiknya dengan tidak melakukan sebarang pencemaran atau kekotoran di dalamnya.

Sebagaimana kita dilarang masuk ke masjid dalam keadaan berbau busuk, sama ada daripada bau pakaian ataupun mulut, perkara ini ada dijelaskan di dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim, dari Jabar telah berkata : Rasulullah s.a.w. telah melarang dari memakan bawang. Kemudian kami berhajat untuk memakan bawang tersebut lalu kami pun memakannya. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Barang siapa yang memakan dari pohon ini, maka janganlah mendekati masjid kami, sesungguhnya pada malaikat akan merasa terganggu ( kerana baunya ) sebagaimana manusia terganggu daripada bau tersebut."

Oleh yang demikian, kita hendaklah menjaga kebersihan diri sebelum pergi ke masjid, kerana para malaikat akan terganggu sebagaimana kita manusia juga terganggu jika terdapat bau busuk dan kotoran. Setiap umat Islam hendaklah menggunakan rumah Allah s.w.t. kerana dengan berbuat demikian mereka akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi Allah s.w.t. Orang yang beriman hendaklah mengagungkan rumah Allah s.w.t. kerana menggunakannya bermakna ia mengagungkan Allah s.w.t.

Jelas kepada kita bahawa orang-orang berkunjung ke masjid itu dengan bertujuan melakukan ibadah adalah merupakan tetamu-tetamu Allah s.w.t. yang sentiasa mendapat rahmat, penghormatan dan kemuliaan Allah lebih-lebih lagi mereka yang melakukan i'tikaf. Kita sebagai umat Islam yang menjdi tetamu Allah s.w.t. yang mahukan kesempurnaan dalam beribadat, maka hendaklah menjaga sopan santun, sentiasa bertatatertib dan memelihara adab-adab ketika berada di masjid, seperti sentiasa berdiam diri iaitu tidak membuat bising, tidak bercakap-cakap, tidak membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan keduniaan, tidak melakukan sesuatu yang tidak baik yang mengotorkan kesucian dan merosakkan kehormatan masjid.

Perkara memelihara sopan santun dan tatatertib ini ditimbulkan adalah sebagai satu langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang telah dihadapi oleh masjid-masjid dinegara ini seperti kejadian membuat bising dan berteriak-teriak, bergurau semasa sembahyang, bercakap semasa khutbah, berlari-lari dan berkejar-kejar di dalam masjid dan sebagainya.

Jelas dilarang oleh agama Islam dan tidak sepatutnya dibiarkan berterusan, kerana perbuatan ini boleh mengganggu perasaan khusyuk orang yang mengerjakan sembahyang, membaca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya.

Maka bagi menjamin kesempurnaan ibadah para jamaah, ibubapa mempunyai peranan untuk mengawasi tindak-tanduk anak-anak mereka supaya akan dapat menjaga dan memelihara adab-adab kesopanan mereka semasa berada di dalam masjid sebagaimana yang dianjurkan oleh agama Islam. Akhirnya marilah kita sama-sama memelihara kemuliaan dan kehormatan masjid dari segala gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan keselesaan beribadah. Mudah-mudahan kita mendapat limpahan rahmat dan taufik dari Allah s.w.t. jua. Amin.

Jelas dilarang oleh agama Islam dan tidak sepatutnya dibiarkan berterusan, kerana perbuatan ini boleh mengganggu perasaan khusyuk orang yang mengerjakan sembahyang, membaca Al-Qur'an, berzikir dan sebagainya. Maka bagi menjamin kesempurnaan ibadah para jamaah, ibubapa mempunyai peranan untuk mengawasi tindak-tanduk anak-anak mereka supaya akan dapat menjaga dan memelihara adab-adab kesopanan mereka semasa berada di dalam masjid sebagaimana yang dianjurkan oleh agama Islam.

Akhirnya marilah kita sama-sama memelihara kemuliaan dan kehormatan masjid dari segala gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan keselesaan beribadah. Mudah-mudahan kita mendapat limpahan rahmat dan taufik dari Allah s.w.t. jua. Amin.

Melalui orang sedang solat di bahagian hadapan adalah hal yang dilarang dalam agama.
Dalilnya adalah hadis muttafaqun ‘alaihi berikut ini: Rasulllah SAW bersabda, “Seandainya orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat mengetahui tentang dosanya, maka pastilah menunggu selama 40 lebih baginya dari pada lalu di hadapannya. (HR Bukhari dan Muslim) Salah seorang perawi hadis, Abu An-Nadhr, berkata, “Aku tidak tahu apakah maksudnya 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun

Maka agar kejadian seseorang lalu di hadapan kita yang sedang solat tidak terjadi, alangkah baiknya bila kita tidak solat di ‘jalanan’ yang kemungkinan akan dilalui orang.

Caranya, kita pasang pembatas dengan meletakkan benda-benda tertentu di depan kita. Misalnya batas sajadah, atau buku, tas, tongkat, pensil atau apapun. Dengan adanya batasan itu, maka orang-orang akan tahu bahawa mereka tidak boleh berjalan di situ. Kalau hendak melaluinya, maka silahkan lalu di luar batas yang sudah dibuat.

Kalau anda suka memperhatikan perilaku sebahagian orang, mungkin anda pernah mendapati mereka apabila melakukan solat sunnah, bergerak mendekati tiang atau tembok. Sebenarnya ini juga termasuk bentuk menghindarkan diri dari dilalui orang lain. Tembok atau tiang itu adalah batasan yang tidak boleh dilalui. Dan ada dalil dari sunnah nabawiyah yang menganjurkan hal ini, sebagaimana diriwayatkan oleh Al-Imam Muslim.

Janganlah kalian solat kecuali menghadap sutrah (pembatas) dan jangan perbolehkan seseorang lalu dihadapanmu (HR Muslim) Dari Abi Said Al-Khudri ra berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda,

“Apabila kalian solat maka gunakan ke sutrah (pembatas) dan hendaklah dekat dan jangan membiarkan seseorang lalu di tengahnya. (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan haditsi ini hasan) Dari Sahal ra bahwanabi SAW bersabda, “Apabila kamu solat dengan menggunakan sutrah maka mendekatlah dan jangan sampai dipotong syaitan. (HR Ahmad, Abu Daud, Ibnu Hibban dan Al-Hakim. ( Hadits shahih)

Para ulama menuliskan dalam banyak kitab fiqih bahwa batas jarak itu adalah 3 zira’ (hasta). Sehingga bila jarak antara orang solat dengan pembatas itu lebih dari hasta, maka dianggap boleh dilalui dan tidak ada dosa buat yang lalu di depannya. Ukuran jarak 3 hasta ini oleh para ulama dianggap berlaku juga bila tidak ada pembatas. Sehingga lalu di depan orang solat asalkan sudah berjarak 3 hasta dianggap tidak melanggar larangan.

Dari Abu Sa’id Al-Khudriy berkata : “Aku mendengar Rasulullah bersabda : “Jika salah seorang dari kalian sedang solat dengan mengahadap sesuatu yang menutupinya (sutrah), dan ada seseorang yang hendak lalu di hadapannya maka tahanlah, jika menolak maka tahanlah dengan kuat, kerana sesungguhnya itu adalah syaitan.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dari hadis di atas boleh kita ambil kesimpulan :

  • Haram lalu di hadapan orang yang sedang solat
  • Wajib menjauhkan diri dari lalu di hadapan orang yang sedang solat kerana ancaman ini.
  •  Disyari’atkannya solat menghadap sutrah agar dapat menjaga solatnya dari terputus dan kurang.
  • Disyari’atkan mendekatkan ke sutrah agar boleh menghalangi orang hendak lalu di hadapannya.
  • Lalu di depan orang solat adalah termasuk perbuatan syaitan yang menginginkan untuk merosakkan ibadahnya.. manusia dan mengganggu dalam solat mereka.
Panitia Pendidikan Islam SK (2) Gombak akan melancarkan projek mengindahkan surau bagi menceriakan lagi suasana dan kemudahan murid dan guru.

Sebarang idea dan cadangan amat dialu-alukan.






Alhamdulillah,

Khamis, 12 Februari 2015.

Selesai majlis penyerahan murid tasmik tahap 1 kepada guru jQaf dan GPI masing-masing.

Majlis berlangsung pada pukul 4.00 petang disempurnakan oleh Puan Rogayah selaku Penolong Kanan Petang.

Pada tahun ini, tidak semua murid diwajibkan mengikuti kelas tasmik, hanya beberapa murid yang masih lemah sahaja yang memyertai kelas ini.

Murid-murid yang terpilih dari setiap kelas tahun 1, 2 dan 3 telah diserahkan kepada guru-guru berkaitan dengan harapan agar perkembangan mereka di dalam bidang Al-Quran dapat dimajukan. InsyaAllah.

Program Tasmik Tahap Satu akan bermula pada Isnin, 16 Februari 2015 dan akan diadakan sepanjang tahun di kantin sekolah kecuali hari-hari cuti umum.

Semua murid yang terlibat akan mengikuti program ini bermula pada pukul 12.30 - 1.00 tengah hari setiap hari Isnin, Rabu dan Khamis.
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Beliau berumur 84 tahun.

Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.

Anak Allahyarham, Nik Mohamad Abduh dalam satu kenyataan pada petang tadi memaklumkan tahap kesihatan ayahnya menurun selepas menjalani rawatan pada ulsernya, pada Rabu dan doktor ketika itu sedang berusaha untuk menstabilkan keadaannya.

"Doakan semoga ayahanda sihat kembali," tulisnya dalam kenyataan itu.

Nik Abdul Aziz, yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, telah dibawa pulang dari hospital pada kira-kira 8.40 malam tadi.

Assalamualaikum,

Ahlan Wasahlan.

Ya Fattah Ya 'Alim, Iftah 'Alaina Fathan Mubina

Selamat datang diucapkan kepada pengunjung ke Laman Panitia Pendidikan Islam SK (2) Gombak. Warga panitia akan mengisi pelbagai pengisian di dalam laman ini bagi memudahkan murid dan waris serta masyarakat memperoleh ilmu dan perkembangan semasa dunia Islam.

Terima kasih kerana mengunjung laman blog ini. Diharap segala kekurangan dapat diperbaiki dari masa ke semasa.


Majlis Mauliddurrasul 1436 H SK (2) Gombak telah berlangsung pada hari Jumaat 30 Januari 2015 jam 2.30 petang.
Penceramah yang telah dijemput khas untuk memberi ceramah kepada murid-murid merupakan penceramah yang berkaliber iaitu Ustaz Wan Haziruddin dari SK Selayang.
Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat memberi suntikan motivasi kepada murid-murid agar mencontohi peribadi Rasulullah SAW dalam kehidupan mereka.
Next PostNewer Posts Home