Selamat bercuti dan marking markah kepada semua :)

Rabu, 11 Mac 2015 - Majlis Tilawah Al-Quran dan Festival Nasyid peringkat Zon Gombak 2015 telah melabuhkan tirainya pada hari ini.
Tahun ini diadakan di SK Samudera. Sekolah kita tidak ketinggalan menyertai acara mega tahunan Pendidikan Islam ini.
Sekolah kita menghantar wakil nasyid, hafazan perempuan, bercerita lelaki dan perempuan.
Namun tahun ini nasib tidak menyebelahi kita. Usaha perlu dipertingkatkan lagi pada tahun hadapan.
Terima kasih kepada semua jurulatih dan peserta yang berusaha dengan gigihnya bagi memikul amanah masing-masing.
InsyaAllah tahun depan kita mencabar lagi.
Kem Bestari Solat (KBS) membuka tirainya bagi tahun 2015 dengan KBS Tahun 1 yang telah dijalankan dengan jayanya dengan izin-Nya pada Jumaat 6 Mac 2015 bertempat di SK (2) Gombak.
Program dimulakan pada jam 2.10 hingga 3.40 petang yang menumpukan aspek wudhu dan tatacaranya.
Semua guru tahun 1 terlibat menjadi fasilitator program.
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga sumbangan semua menjadi amal jariah di sana nanti. Amin.
Perasmian oleh Puan Rogayah, PK Petang

Penyerahan watikah kepada Fasilitator

 

Ustaz, adakah qasidah itu bidaah adakah dalil yg membenarkannya ?

Tak bidaah, dalilnya banyak tak larat nak tulis,bacalah bawah ni,

Ketahuilah qasidah adalah merupakan bentuk pujian terhadap baginda s.a.w dan ini digalakkan.Dua af'al Allah terhadap baginda s.a.w. yg tercatat dalam Al Quran iaitu

  1. Berselawat kepada baginda s.a.w. Rujuk Surah Ahzab ayat 56
  2. Memuji baginda s.a.w. Rujuk Surah Al Qalam ayat 4.
Sekiranya Allah sendiri berselawat dan memuji kepada baginda s.a.w. maka dimana salahnya memuji kepada baginda s.a.w. dan mengatakan memuji kepada baginda s.a.w. bukanlah sunnah nabi adalah satu kefahaman yang salah.

Riwayat drp Imam Thobrani dgn sanad yg hasan

bahawasanya saidina Abbas bin Abdul Mutalib telah menyusun qasidah tentang kelahiran nabi dan membacanya kepada nabi s.a.w. dan Saidina Abbas berkata kepada nabi s.a.w. " Izinkan aku memujimu " Rasulullah bersabda : " Silakanlah ( Katakanlah ) semoga Allah menjagamu ( gigimu ) daripada segala penyakit'. Saidina Abbas mula berqasidah " sebelum ini iaitu sebelum manusia dimuka bumi ini dikau senang di dalam kenikmatan syurga iaitu ruhmu bersenang disyurga bersama nabi Adam,berada dalam jagaan dengan tampalan daun2 syurga .... sehingga akhir qasidahnya.
Selepas itu nabi s.a.w. mengatakan " Semoga Allah menjaga mulutmu dari segala penyakit ".Nabi amat gembira mendengar qasidah dari Abbas sambil mengatakan " Benarlah kamu wahai Abbas".

Daripada Salamah Ibnu Akwa ra.katanya
" Kami keluar bersama Nabi s.a.w. menuju Khaibar.Sedang berjalan pada waktu malam maka berkata seorang lelaki daripada kami kpd Amir Ibnu Akwa'.Tidakkah kamu mahu memperdengarkan qasidahmu kpd kami.Maka dia pun mendendangkannya.Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya " Siapakah yg berqasidah itu". Mereka menjawab : Amir Ibnu Al Akwa. Baginda bersabda ;Semoga Allah merahmatimu.
Riwayat Al Bukhari dalam sohihnya dalam kitab Al Adab,Imam Muslim dalam kitab Al Jihad.
Daripada Aisyah r.anha; Nabi s.a.w. meletakkan Hassan bin Thabit disebuah mimbar untuk bermegah2 ( memuji-muji ) baginda s.a.w. sehingga Rasulullah s.a.w. bersabda " Sesungguhnya Allah meneguhkan Hassan dengan Roh Ququs ( Jibril ) selama mana dia menyebarkan atau bermegah2 ( memuji-muji ) Baginda s.a.w.".
Riwayat Muslim dalam sahihnya dalam kitab Kelebihan sahabat.

Banyak lagi dalilnya,kenyataan qasidah bukanlah amalan sunnah adalah satu kesilapan,ada sahabat yg melakukannya dan nabi tidak mengingkarinya,mengikuti sahabat adalah perintah Rasulullah s.a.w. dan ada dalil mengenainya.

Nasihat ustaz janganlah kita mempertikaikan amalan orang lain yang ada dalil2nya bahkan kita sibukkan diri kita memperbaiki ummah yang rosak ini,yg kita bimbang lagi takut2 kita termasuk didalam ummah orang yg rosak ini. Wal iya zubillah, semoga Allah merahmati kita semua.

Gambar-gambar sekitar program tasmik sesi petang bulan Februari.

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home